Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2022

Senjata Ampuh Melepasi Langit Ke Tujuh

Imej
  Aku tiada apa-apa, Tak akan mampu punya apa, Tanpa senjata yang paling berharga, Yang sangat aku damba, Tiada apa yang mampu menandinginya, Itulah doa ibunda.  Aku tiada apa-apa, Takkan dapat melangkah walau sehasta, Mungkin terkandas di ceruk terpencil dunia, Dilanyak hancur dek musibah yang menimpa, Jika tidak kerana sebait doa ibunda, Kelak diri tiada arah entah ke mana. Aku tiada apa-apa, Takkan setabah yang aku sangka, Mengharungi segala duka lara, Menerima ujian dengan hati terbuka, Andai bukan asbab doa ibunda, Tidak ku jumpa hidup bermakna. Aku tiada apa-apa, Takkan bisa menggapai apa yang aku ada, Hanya sosok lemah tak bermaya, Sekiranya aku tidak didakap, Senjata yang paling ampuh, Yang mampu melepasi langit ke tujuh. Aku hanya percaya, Di setiap hela nafasku selama ini, Aku bertahan hidup, Mampu mengharungi segala, Semuanya berkat doa ibunda, Aku hidup dengan doanya. 

Ujian dan Nikmat

Imej
Sedang saya merenung ke sebuah jumantara yang terbentang luas dan melingkungi bumi, tiba-tiba terimbas kembali perjalanan kehidupan yang saya fikir sangat indah. Allah Yang Maha Bijaksana mengatur segalanya.   Dua dekad meniti titian hidup yang semakin hari semakin tidak mudah, kadang-kadang saya sering bersungut. Mengapa hidup saya begitu dan begini? Mengapa saya tidak ada seperti orang lain ada? Mengapa saya yang dipilih untuk menghadapi ujian yang begitu dan begini? Mengapa saya? Mengapa? Mengapa? Dan mengapa? Itulah soalan yang acap kali tercetus dibenak ini. Seakan dunia ini berlaku kejam terhadap saya. Semua manusia membenci saya. Tiada apa yang mahu diharapkan lagi dalam dunia. Biarkan saja saya lemas dan mati dalam kejahatannya.  Itulah diri saya. Ketika berada pada usia remaja pertengahan. Yang berasa diri ini paling tersakiti. Yang masih buta mata hati. Padahal fikiran sendiri yang mencipta senario tidak indah tentang kehidupan. Walhal begitu banyak nikmat yang telah Allah ha

Berempat

Imej
  Dari kiri: Syahmina, Athirah (Saya), Fatni & Sabrina Seperti mana tertulis tajuk, “Berempat”. Ya, berempat. Tidak lebih atau kurang kuantitinya daripada itu. Sedang saya menyunting rakaman video untuk tugasan berkumpulan tempoh hari, lalu saya terlihat beberapa keping video yang sempat saya rakamkan sewaktu kami masih bersama-sama. Allahu, saya sangat rindu. Teramat rindu kami “berempat”. “Berempat” sebagai sahabat. Fatni, Syahmina, Sabrina dan saya.  Kami berkongsi kasih sayang dan kisah hidup bermula bulan Mei tahun 2019. Bermulalah segalanya apabila kami ditakdirkan Allah menjadi pelajar Tingkatan Enam di SMK Tinggi Kajang dalam kelas yang sama. Pelbagai liku telah kami lalui. Jatuh bangun tersungkur dan berdiri teguh semula. Salah faham dalam persahabatan itu pasti ada namun berjaya kami hadapi dan selesaikan dengan cara yang matang, tanpa perlu bertekak dan sebagainya. Saling meraikan perbezaan dan menerima apa adanya diri masing-masing.  Sewaktu kami berada di Tingkatan Ena