Tetap hidup



Mencuba untuk terlihat kuat walau jiwa sedang runtuh berantakan.


Tetap terus jalani dan nikmati proses-proses yang semakin hari semakin tidak mudah.


Kerana tidak semua hari akan berjalan baik. Adakalanya terlalu berat rasanya. 


Masa lalu telah banyak mendewasakan aku.


Begitu juga manusia lain, yang sedang berjuang dengan cara tersendiri. 


Dan, di sini aku masih mengumpul segala kekuatan untuk tidak tersekat hanya pada satu titik kehidupan.


Tuhan yang memilih aku, maka aku yakin aku mampu melewatinya. 


Tetap tumbuh walau dunia keras menghentam sukma hingga hancur berkeping.

Pujuklah diri mengikhlaskan apa pun ujiannya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Melunaskan Rindu Dendam

Berempat