Bersendiri



Semakin meningkat usia, 

Hari-hari yang ku lalui,

Tidak ku rasa indah sentiasa,

Satu persatu ujian menghampiri,

Namun aku percaya,

Itu adalah tanda cinta dari Ilahi.


Pada usia sebegini,

Lebih banyak waktu bersendiri,

Belajar berdiri di atas kaki sendiri,

Kerana tak semua akan sentiasa di sisi,

Saat diri ini lelah dengan duniawi,

Aku percaya Tuhan sentiasa menemani.


Bersendiri bukan tanda sepi,

Tetapi hanya untuk mencari ketenangan hati,

Yang mungkin sudah dilukai,

Yang mungkin memendam rindu tak bertepi,

Yang sedang berusaha merawat luka di hati,

Agar dapat tumbuh berdiri lagi.


Tak perlu berduka hati,

Jika tiada teman di sisi,

Jika hidup tiada penyeri,

Nikmatilah setiap detik yang berbaki,

Kerana hidup sebenarnya tidak pernah bersendiri,

Selagi berada dibawah lindungan Ilahi.


Teruslah terbang tinggi,

Walau keadaan memaksa untuk bersendiri,

Teruslah tumbuh berseri,

Walau jiwa penuh luka tak terubati,

Kerana waktu terbaik untuk mengenali diri,

Adalah dengan cara bersendiri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tetap hidup

Melunaskan Rindu Dendam

Berempat