Ekspresi


Malam ini aku kalah,
Segala rasa terpendam akhirnya terluah,
Walau bukan dengan kata-kata,
Cukuplah dengan derasnya air mata.

Bila tiba waktu rebah,
Titisan air mata langsung murah,
Walau tiada tempat bercerita,
Pemilik jumantara tetap mendengar setia.

Aku tidak mahu menjadi beban manusia,
Mendengar keluh kesahku tiada bersudah,
Kerana Dia lebih tahu,
Seberapa banyak tangisanku tanpa airmata.

Cukuplah aku bercerita pada jumantara,
Ditemani kerdipan bintang di langit,
Aku percaya pemiliknya mengerti,
Segala beban terpendam di hati.

Cara ini membuatkan aku tenang,
Ketika lisan tidak mampu bercerita,
Biarlah air mata yang bersuara,
Meluah segala rasa pada Yang Esa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tetap hidup

Melunaskan Rindu Dendam

Berempat