Asam Garam Mahasiswa

 


Hanya tinggal saki baki saja untuk saya harungi semester 1, tahun 2. Pantas waktu berjalan. Hari ini saya sudah tamat 14 minggu mengikuti perkuliahan. 


Setelah satu tahun hanya mengikuti kuliah secara atas talian, sebenarnya agak sukar untuk saya menyesuaikan diri dengan kuliah yang dijalankan secara bersemuka. Terutama dari segi masa. Kalau dahulu hanya mengadap skrin komputer riba saja, dari awal pagi hinggalah tiada lagi cahaya mentari. Tidak memerlukan kerahan tenaga yang banyak untuk bersiap-siap menghadiri kuliah dan sebagainya. 


Namun, apabila menjalani pengalaman pertama sebagai mahasiswa di universiti ini agak mencabar bagi saya. Dari fizikal mahupun mental. Segala-galanya perlu dikejar segera. Jika terleka, menanggung meranalah pada hujung-hujung perkuliahan. Saya sudah rasakan itu. Keterlekaan akhirnya telah memakan diri sendiri. Allahu.


Semoga semester akan datang, tidaklah saya mengulangi kesilapan yang sama. Terus bersemangat untuk menuntut ilmu Allah dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang mahasiswa, anak dan hamba-Nya. 


Walau apa pun kesukaran yang bakal saya hadapi, saya tak mahu mengundur diri. Ada insan yang perlu saya banggakan. Dan asbab doanya juga, saya bertahan dalam perjalanan hidup ini, sehingga ke hari ini. 


14 minggu yang agak sukar ini telah berjaya saya harunginya walaupun terpaksa mengalami episod-episod yang telah memecahkan empangan mata. 


Apa pun, terima kasih Tuhan, mengizinkan saya bertahan. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tetap hidup

Melunaskan Rindu Dendam

Berempat