Akhir cerita


Beginilah saya apabila waktu perpisahan itu tiba. Hati berat. Sudah mula berasa sunyi dan kosong. Selepas ini, saya tidak lagi menjalani rutin di UKM. Sebagai seorang mahasiswa yang masih menuntut, hadir ke kuliah dan melunaskan segala tanggungjawab hakiki. Tiada lagi wajah-wajah yang menghiasi hari saya selama tiga tahun. Walau pada hakikatnya, perjalanan di sini tidak semua yang indah-indah. Adakalanya saya berasa lebih baik saya tiada di sini atau meminta waktu berjalan dengan pantas supaya saya boleh pergi jauh dari sini dan tiada apa-apa lagi ikatan mahupun kaitan dengan tempat ini. Saya mahu pergi meninggalkan segala punca yang memahat luka di hati tanpa menoleh lagi ke belakang. Namun, bila dikenangkan semula, masih ada insan-insan yang berlaku baik terhadap saya, masih ada yang menemani dan mengisi kekosongan jiwa. Terima kasih, insan-insan yang baik kerana membuktikan bahawa alam universiti tidak seburuk seperti yang disangkakan. Waktu berjalan dengan pantas, masih ada susuk yang belum saya kenali hati dan budinya. Selamat menjalani latihan industri rakan-rakan seperjuangan. Kalian tetap berada dalam doa saya. Jumpa lagi! 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tetap hidup

Melunaskan Rindu Dendam

Berempat