Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2022

365 hari yang tidak mudah, tetapi Alhamdulillah!

Imej
Usia ke-21 di dunia pada 2022. Bukanlah fasa yang mudah lagi bagi saya.  Makin meningkat usia ini, saya percaya akan lebih kuat dan banyak ujian yang Allah kurniakan. Bukan untuk menyiksa saya sebagai hamba-Nya. Itulah tanda cinta-Nya yang sentiasa mengingati dan merindui rintihan saya. Dia tahu saya tak mudah untuk menceritakan segala isi hati ini pada sesiapa dan saya percaya Dia lah yang sentiasa menemani, tak pernah tinggalkan saya walau sekali. Saya sangat percaya Dia sentiasa di sisi dan paling setia ketika saya hilang arah, mati rasa, kecewa, sedih dan sebagainya. Terima kekurangan saya sebagai hamba-Nya. Yang tak semua manusia bisa menerima diri ini seadanya.  Tahun ini bukanlah tahun yang saya fikir saya sudah jadi versi terbaik buat diri saya. Walau apapun, saya ingin berterima kasih kepada diri ini kerana tidak pernah mengalah dalam medan kehidupan. Saya juga ingin berterima kasih kepada Dia. Kalau bukan kerana-Nya, entah apa jadi pada diri saya. Saya berjaya harungi segala,

Ekspresi

Imej
Malam ini aku kalah, Segala rasa terpendam akhirnya terluah, Walau bukan dengan kata-kata, Cukuplah dengan derasnya air mata. Bila tiba waktu rebah, Titisan air mata langsung murah, Walau tiada tempat bercerita, Pemilik jumantara tetap mendengar setia. Aku tidak mahu menjadi beban manusia, Mendengar keluh kesahku tiada bersudah, Kerana Dia lebih tahu, Seberapa banyak tangisanku tanpa airmata. Cukuplah aku bercerita pada jumantara, Ditemani kerdipan bintang di langit, Aku percaya pemiliknya mengerti, Segala beban terpendam di hati. Cara ini membuatkan aku tenang, Ketika lisan tidak mampu bercerita, Biarlah air mata yang bersuara, Meluah segala rasa pada Yang Esa.

Sekeping Hati Yang Alpa

Imej
Sekeping hati yang sering lupa, Yang terlalu lalai dengan dunia, Yang terlalu mengikut rasa, Yang terlalu bergantung kepada manusia. Silapku sebagai manusia biasa, Yang sering alpa, Bahawa aku ini kepunyaan Yang Maha Esa, Yang tak pernah tinggalkan hambanya. Ternyata semuanya silapku, Meletak harapan terlalu tinggi, Pada sesuatu yang tidak pasti, Yang pada akhirnya menghancurkan diri. Dunia ini tak pernah adil, Membantai hancur jiwa kerdil, Namun Allah itu Maha Adil, Dalam mengatur jalan dan takdir. Bersabarlah hati yang remuk, Melawan segala perasaan berkecamuk, Walau hancur terlerai binasa, Jangan terus hanyut dalam lautan dosa. Manusia itu tidak buta, Jika menyedari seluruh hidup ini, Hanya cuma perlukan Dia, Tempat merintih dan mengadu segala. Doa adalah penawar luka, Yang dapat menyembuhkan hati lara, Pujuklah hati mendekatkan diri kepada-Nya, Agar ketemu ketenangan jiwa. Tuhan Yang Maha Kuasa, Dia berkehendak dalam segala, Dia mampu mengubah segala, Sedang manusia hanya sosok lem

Melunaskan Rindu Dendam

Imej
Di hadapan Dewan Tan Sri Kadir Shamsuddin, SMK Tinggi Kajang  pada hari Selasa, 6/12/2022, jam 11:50 pagi. Pada hari Selasa 6 Disember 2022, dua hari yang lalu saya mengambil kesempatan untuk kembali ke sini. Melunaskan hal rindu yang sudah lama membengkak dalam jiwa.  Tidak dapat digambarkan perasaan saya yang terlalu gembira apabila saya masih diberi kesempatan  untuk menyantuni guru-guru yang amat saya sayangi. Sewaktu saya menjadi pelajar di sini, guru-guru sayalah merupakan tulang belakang saya yang paling kukuh selain sahabat-sahabat dan ibu bapa saya. Saya sangat memuji cara dan sikap guru-guru saya di SMK Tinggi Kajang yang sangat menghargai anak-anak murid mereka waima saya bukanlah seorang pelajar yang bijak pandai sejak azali. Namun, selagi mana seorang murid itu menunjukkan kegigihan dalam menuntut ilmu, mereka sangat menghargai, memberi kata-kata semangat dan sudi untuk membantu sama ada dalam mata pelajaran mereka sendiri ajarkan mahupun luar daripadanya. Saya sangat bers

Bersendiri

Imej
Semakin meningkat usia,  Hari-hari yang ku lalui, Tidak ku rasa indah sentiasa, Satu persatu ujian menghampiri, Namun aku percaya, Itu adalah tanda cinta dari Ilahi. Pada usia sebegini, Lebih banyak waktu bersendiri, Belajar berdiri di atas kaki sendiri, Kerana tak semua akan sentiasa di sisi, Saat diri ini lelah dengan duniawi, Aku percaya Tuhan sentiasa menemani. Bersendiri bukan tanda sepi, Tetapi hanya untuk mencari ketenangan hati, Yang mungkin sudah dilukai, Yang mungkin memendam rindu tak bertepi, Yang sedang berusaha merawat luka di hati, Agar dapat tumbuh berdiri lagi. Tak perlu berduka hati, Jika tiada teman di sisi, Jika hidup tiada penyeri, Nikmatilah setiap detik yang berbaki, Kerana hidup sebenarnya tidak pernah bersendiri, Selagi berada dibawah lindungan Ilahi. Teruslah terbang tinggi, Walau keadaan memaksa untuk bersendiri, Teruslah tumbuh berseri, Walau jiwa penuh luka tak terubati, Kerana waktu terbaik untuk mengenali diri, Adalah dengan cara bersendiri.