Catatan

Akhir cerita

Imej
Beginilah saya apabila waktu perpisahan itu tiba. Hati berat. Sudah mula berasa sunyi dan kosong. Selepas ini, saya tidak lagi menjalani rutin di UKM. Sebagai seorang mahasiswa yang masih menuntut, hadir ke kuliah dan melunaskan segala tanggungjawab hakiki. Tiada lagi wajah-wajah yang menghiasi hari saya selama tiga tahun. Walau pada hakikatnya, perjalanan di sini tidak semua yang indah-indah. Adakalanya saya berasa lebih baik saya tiada di sini atau meminta waktu berjalan dengan pantas supaya saya boleh pergi jauh dari sini dan tiada apa-apa lagi ikatan mahupun kaitan dengan tempat ini. Saya mahu pergi meninggalkan segala punca yang memahat luka di hati tanpa menoleh lagi ke belakang. Namun, bila dikenangkan semula, masih ada insan-insan yang berlaku baik terhadap saya, masih ada yang menemani dan mengisi kekosongan jiwa. Terima kasih, insan-insan yang baik kerana membuktikan bahawa alam universiti tidak seburuk seperti yang disangkakan. Waktu berjalan dengan pantas, masih ada susuk y

Asam Garam Mahasiswa

Imej
  Hanya tinggal saki baki saja untuk saya harungi semester 1, tahun 2. Pantas waktu berjalan. Hari ini saya sudah tamat 14 minggu mengikuti perkuliahan.  Setelah satu tahun hanya mengikuti kuliah secara atas talian, sebenarnya agak sukar untuk saya menyesuaikan diri dengan kuliah yang dijalankan secara bersemuka. Terutama dari segi masa. Kalau dahulu hanya mengadap skrin komputer riba saja, dari awal pagi hinggalah tiada lagi cahaya mentari. Tidak memerlukan kerahan tenaga yang banyak untuk bersiap-siap menghadiri kuliah dan sebagainya.  Namun, apabila menjalani pengalaman pertama sebagai mahasiswa di universiti ini agak mencabar bagi saya. Dari fizikal mahupun mental. Segala-galanya perlu dikejar segera. Jika terleka, menanggung meranalah pada hujung-hujung perkuliahan. Saya sudah rasakan itu. Keterlekaan akhirnya telah memakan diri sendiri. Allahu. Semoga semester akan datang, tidaklah saya mengulangi kesilapan yang sama. Terus bersemangat untuk menuntut ilmu Allah dan amanah dalam m

Tetap hidup

Imej
Mencuba untuk terlihat kuat walau jiwa sedang runtuh berantakan. Tetap terus jalani dan nikmati proses-proses yang semakin hari semakin tidak mudah. Kerana tidak semua hari akan berjalan baik. Adakalanya terlalu berat rasanya.  Masa lalu telah banyak mendewasakan aku. Begitu juga manusia lain, yang sedang berjuang dengan cara tersendiri.  Dan, di sini aku masih mengumpul segala kekuatan untuk tidak tersekat hanya pada satu titik kehidupan. Tuhan yang memilih aku, maka aku yakin aku mampu melewatinya.  Tetap tumbuh walau dunia keras menghentam sukma hingga hancur berkeping. Pujuklah diri mengikhlaskan apa pun ujiannya.

365 hari yang tidak mudah, tetapi Alhamdulillah!

Imej
Usia ke-21 di dunia pada 2022. Bukanlah fasa yang mudah lagi bagi saya.  Makin meningkat usia ini, saya percaya akan lebih kuat dan banyak ujian yang Allah kurniakan. Bukan untuk menyiksa saya sebagai hamba-Nya. Itulah tanda cinta-Nya yang sentiasa mengingati dan merindui rintihan saya. Dia tahu saya tak mudah untuk menceritakan segala isi hati ini pada sesiapa dan saya percaya Dia lah yang sentiasa menemani, tak pernah tinggalkan saya walau sekali. Saya sangat percaya Dia sentiasa di sisi dan paling setia ketika saya hilang arah, mati rasa, kecewa, sedih dan sebagainya. Terima kekurangan saya sebagai hamba-Nya. Yang tak semua manusia bisa menerima diri ini seadanya.  Tahun ini bukanlah tahun yang saya fikir saya sudah jadi versi terbaik buat diri saya. Walau apapun, saya ingin berterima kasih kepada diri ini kerana tidak pernah mengalah dalam medan kehidupan. Saya juga ingin berterima kasih kepada Dia. Kalau bukan kerana-Nya, entah apa jadi pada diri saya. Saya berjaya harungi segala,

Ekspresi

Imej
Malam ini aku kalah, Segala rasa terpendam akhirnya terluah, Walau bukan dengan kata-kata, Cukuplah dengan derasnya air mata. Bila tiba waktu rebah, Titisan air mata langsung murah, Walau tiada tempat bercerita, Pemilik jumantara tetap mendengar setia. Aku tidak mahu menjadi beban manusia, Mendengar keluh kesahku tiada bersudah, Kerana Dia lebih tahu, Seberapa banyak tangisanku tanpa airmata. Cukuplah aku bercerita pada jumantara, Ditemani kerdipan bintang di langit, Aku percaya pemiliknya mengerti, Segala beban terpendam di hati. Cara ini membuatkan aku tenang, Ketika lisan tidak mampu bercerita, Biarlah air mata yang bersuara, Meluah segala rasa pada Yang Esa.

Sekeping Hati Yang Alpa

Imej
Sekeping hati yang sering lupa, Yang terlalu lalai dengan dunia, Yang terlalu mengikut rasa, Yang terlalu bergantung kepada manusia. Silapku sebagai manusia biasa, Yang sering alpa, Bahawa aku ini kepunyaan Yang Maha Esa, Yang tak pernah tinggalkan hambanya. Ternyata semuanya silapku, Meletak harapan terlalu tinggi, Pada sesuatu yang tidak pasti, Yang pada akhirnya menghancurkan diri. Dunia ini tak pernah adil, Membantai hancur jiwa kerdil, Namun Allah itu Maha Adil, Dalam mengatur jalan dan takdir. Bersabarlah hati yang remuk, Melawan segala perasaan berkecamuk, Walau hancur terlerai binasa, Jangan terus hanyut dalam lautan dosa. Manusia itu tidak buta, Jika menyedari seluruh hidup ini, Hanya cuma perlukan Dia, Tempat merintih dan mengadu segala. Doa adalah penawar luka, Yang dapat menyembuhkan hati lara, Pujuklah hati mendekatkan diri kepada-Nya, Agar ketemu ketenangan jiwa. Tuhan Yang Maha Kuasa, Dia berkehendak dalam segala, Dia mampu mengubah segala, Sedang manusia hanya sosok lem

Melunaskan Rindu Dendam

Imej
Di hadapan Dewan Tan Sri Kadir Shamsuddin, SMK Tinggi Kajang  pada hari Selasa, 6/12/2022, jam 11:50 pagi. Pada hari Selasa 6 Disember 2022, dua hari yang lalu saya mengambil kesempatan untuk kembali ke sini. Melunaskan hal rindu yang sudah lama membengkak dalam jiwa.  Tidak dapat digambarkan perasaan saya yang terlalu gembira apabila saya masih diberi kesempatan  untuk menyantuni guru-guru yang amat saya sayangi. Sewaktu saya menjadi pelajar di sini, guru-guru sayalah merupakan tulang belakang saya yang paling kukuh selain sahabat-sahabat dan ibu bapa saya. Saya sangat memuji cara dan sikap guru-guru saya di SMK Tinggi Kajang yang sangat menghargai anak-anak murid mereka waima saya bukanlah seorang pelajar yang bijak pandai sejak azali. Namun, selagi mana seorang murid itu menunjukkan kegigihan dalam menuntut ilmu, mereka sangat menghargai, memberi kata-kata semangat dan sudi untuk membantu sama ada dalam mata pelajaran mereka sendiri ajarkan mahupun luar daripadanya. Saya sangat bers